
Blog ni diciptakan khas buat mama tersayang a.k.a makcik kantin.
Apa yang aku nak cerita kat sini adalah kehidupan
mama aku kat sana dengan menjadi makcik kantin,
mama aku bekerja sebagai tukang masak di kantin tu.
Blog ni juga aku cipta kepada sesiapa diluar sana yang
tak pernah tengok dalam kantin dengan lebih dekat.
Mama bukanlah bekerja untuk mencari nafkah tapi mama bekerja sekadar
suka-suka meluangkan masa dan mencari pengalaman.
Bukan mama sahaja,ayah pun turut membantu,
cuma ayah tak dipanggil ‘pakcik kantin’ hehe.
Selain mama dan ayah, ada MaklOng Ti selaku tukang masak shift B .
Ada Kak Siti , Abang Mie, Pakcik Nasir a.k.a Mamu, Pakcik Min,
dan Along a.k.a akak aku yang bekerja sambilan disana ketika cuti sem ni.
Dan didalam blog ni juga aku nak cerita kepada semua yang pekerjaan
sebagai makcik kantin ni bukan lah senang seperti namanya.
Sebelum mama aku kerja kat situ pun aku ingat kerja makcik kantin
nih senang ja tapi bila dah pergi dan tengok sendiri,
barulah aku tahu,susah sebenarnya.
0 comments:
Post a Comment